MOHAMED ARIS BIN ABU

Guru Besar SK Sikamat

 

 

Sekapur Sirih Seuntai Kasih

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

 

Salam bahagia buat saudara-saudara pelayar internet yang dihormati lagi dikasihi.

 

Laman Web ini selamat dilancarkan oleh YB. Dato’ Mohamad Rais bin Zainuddin,

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelajaran, Belia dan Sukan,

 Negeri Sembilan Darul Khusus

pada 18 September 2004 bersamaan 3 Syaaban 1425H.

 

Kami mengalu-alukan kesudian saudara-saudara sekalian

bertandang barang sejenak di halaman kami ini.

 

Membentuk suatu bangsa yang berilmu pengetahuan, berhemah tinggi, 

berakhlak mulia, berbudaya murni, berjiwa kental, bersemangat juang serta

daya saing yang tinggi adalah satu tanggungjawab yang amat mencabar

dan perlu ditangani dengan keazaman yang tinggi, jiwa yang tenang,

fikiran terbuka serta penuh kesabaran bersendikan

kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah.

 

Moga-moga laman ini dapat kita manfaatkan bersama-sama

ke arah mencapai hasrat dan cita-cita untuk menjana Malaysia sebagai

sebuah negara Cemerlang, Gemilang dan Terbilang

serta terserlah di mata dunia.

 

Singgahlah barang sejenak samada di Laman Infoline atau

Laman Online kami dan bertukar-tukar informasi bagi memperkaya

 gedung maklumat kita yang mungkin dapat membantu

membina bangsa Malaysia yang kita idam-idamkan.

 

Kami menanti-nantikan pandangan serta idea-idea

bernas ke arah penambahbaikan laman ini.

 

Kepada semua pihak yang menjayakan Laman Web

sekolah ini diucapkan jutaan terima kasih.

 

Sekian, terima kasih.

 

 

MOHAMED ARIS BIN ABU, PPN

Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan Sikamat

Seremban.

 Sila Pilih :

LAMAN WEB ONLINE LAMAN WEB INFOLINE